KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memerintahkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan perintah larangan berhimpun di depan bangunan Parlimen, tahun lalu, didengar semula dan diputuskan di Mahkamah Majistret.
-
Pesuruhjaya Kehakiman, Zainal Azman Ab Aziz, dalam keputusannya hari ini berkata, Majistret sudah khilaf ketika memutuskan sebelum ini bahawa permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak perlu lagi didengar kerana sudah menjadi akademik.
-
"Saya putuskan keputusan Majistret itu adalah khilaf, dan dengan itu permohonan perayu (Anwar) akan dihantar balik ke Mahkamah Majistret untuk didengar dan diputuskan," kata hakim Zainal Azman ketika membenarkan rayuan Anwar terhadap keputusan Majistret pada 15 Disember tahun lalu.
-
Pada 13 Julai tahun lalu, Mahkamah Majistret sudah mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah secara ex-parte kepada Ketua Polis Daerah Sentul bagi melarang Anwar dan penyokong pakatan pembangkang daripada mengadakan perhimpunan di depan bangunan Parlimen untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi.
-
Lima hari kemudian, Anwar mengemukakan notis permohonan untuk membatalkan atau mengetepikan perintah tersebut, yang sudah didengar di Mahkamah Majistret pada 15 Disember 2008.
-
Ketika permohonan itu didengar pada 21 November 2008, pihak pendakwaan sudah mengemukakan bantahan awal atas alasan tiada isu hidup yang perlu dibicarakan kerana perintah itu sudah luput dengan sendirinya dalam masa tujuh hari dari tarikh ia dikeluarkan pada 13 Julai, 2008, seperti diperuntukkan menurut seksyen 98(5) kanun yang sama.
-
Pada 15 Disember 2008, Mahkamah Majistret membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan dan menolak permohonan Anwar untuk membatalkan atau mengetepikan perintah larangan itu. Anwar kemudian merayu terhadap keputusan Mahkamah Majistret ke Mahkamah Tinggi dengan menghujahkan bahawa permohonan itu belum menjadi akademik dan ia masih boleh didengar dan diputuskan atas kepentingan awam.
-
"Dalam kes ini, permohonan perayu sudah dibuat sebelum tempoh luput perintah dalam masa tujuh hari, tetapi ia telah didengar selepas tempoh tujuh hari berakhir. Sama ada perintah itu masih hidup atau sudah luput bukanlah suatu persoalan yang perlu didengar.
-
"Permohonan perayu yang sudah dibuat secara teratur hendaklah diputuskan atas merit," kata hakim Zainal Azman dalam keputusannya.
-
Anwar diwakili peguam Lai Chee Hoe manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin. - Bernama

No comments:
Post a Comment