Dua pemimpin PKR menuntut gantirugi RM4 juta kerana ditahan secara tidak sah pada 11 Disember lalu dekat bangunan Parlimen, ketika polis menghalang mereka daripada menyertai Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) untuk menyerahkan memorandum.Ketua Penerangan PKR, Tian Chua, 43, dan ketua penerangan PKR bahagian Kota Raja, Abdul Razak Ismail, 46, memfailkan saman tersebut di pejabat Pendaftaran Mahkamah Sivil Kuala Lumpur pagi ini, melalui peguam mereka, Lai Chee Hoe.Mereka menamakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan kerajaan sebagai defenden.Dalam saman tersebut, mereka mendakwa pada kira-kira jam10.30 pagi 11 Disember lalu, ketika dalam perjalanan dengan menaiki kereta milik Abdul Razak, menghala ke Bangunan Parlimen, mereka telah diberhentikan, ditangkap dengan menggunakan kekerasan dan ditahan oleh polis di lereng berdekatan bangunan tersebut.
No comments:
Post a Comment